Thursday 4 December 2014

senyum :)

Assalamualaikum..

dah lama tak update blog. nasib tak berkulat. huhu..
 Tak taw nak tulis apa.. tapi macam nak bercerita. ok. bunyi macam pelik .

*campak tasik unisel*

Hari ni nak cakap pasal senyum dan ketawa .. sape suka senyum ? ketawa ?
nak bercerita sikit pasal senyum dan ketawa :)

nak taw satu benda ? 
ALLAH SWT MENCIPTA ‘KETAWA’ UNTUK KITA. 

BUKTI

Telah disebutkan dengan jelas sekali di dalam Al-Quran iaitu dalam surah al-Najm, ayat 43:

Dan bahawasanya Dialah yang menjadikan orang tertawa dan menangis,

Allah SWT memberitahu kita bahawa Dialah yang mencipta manusia dalam keadaan orang yang mampu ketawa dan menangis. Dialah juga yang menciptakan seluruh alam ini di mana wujudnya sebab-sebab manusia itu boleh ketawa pada satu masa dan menangis pula pada waktu yang lain.

KETAWA POSITIF
Berikut adalah beberapa ayat yang menunjukkan kepada kita ketawa yang positif atau ketawa yang dibenarkan kerana tujuannya dibenarkan.

1- Ketawa Nabi Sulaiman terhadap ketua semut kerana gelagatnya yang sibuk mengarahkan semut lain berlindung agar tidak dipijak oleh Nabi Sulaiman dan tenteranya ketika lalu di situ.
Maka dia tersenyum dengan tertawa kerana (mendengar) perkataan semut itu.
(surah al-Naml ayat 19)


2- Ketawa orang mukmin di akhirat nanti terhadap orang kafir yang mentertawakan mereka di dunia.
Maka pada hari ini (hari akhirat), orang-orang yang beriman mentertawakan orang-orang kafir.
(Surah al-Mutoffifin ayat 34)


3- Ketawa isteri Nabi Ibrahim alaihissalam ketika mendengar berita gembira bantuan Allah SWT terhadap Nabi Lut dari malaikat yang datang ke rumahnya.
Dan isterinya berdiri (dibalik tirai) lalu dia ketawa, Maka kami sampaikan kepadanya berita gembira tentang (kelahiran) Ishak dan dari Ishak (akan lahir puteranya) Ya'qub.
(surah Huud ayat 71)


KETAWA NEGATIF
Berikut pula adalah beberapa ayat lain pula yang menceritakan tentang ketawa yang datangnya dari sebab-sebab negatif. Ketawa sebegini jelas menggambarkan peribadi tidak baik pada diri orang yang melakukannya. Sama-samalah kita baca dan hayati bersama:
1- Allah SWT menempelak sikap sebahagian manusia yang suka mentertawakan orang yang baik dan orang yang beriman kerana mengejek dan mempermainkan.

Sesungguhnya orang-orang yang berdosa, mereka mentertawakan orang-orang yang beriman.
(Surah al-Mutoffifin ayat 29)


Lalu kamu menjadikan mereka (orang-orang beriman) bahan ejekan, sehingga (kesibukan) kamu mengejek mereka, menjadikan kamu lupa mengingatiKu dan kamu selalu mentertawakan mereka
(Surah al-Mukminuun ayat 110)


2- Terdapat ayat yang menceritakan bagaimana ketawa yang tidak diredhai Allah SWT akan membawa kepada azab di akhirat yang akan menyebabkan mereka menangis pula.

Maka tertawalah mereka sedikit (di dunia yang sementara ini) dan menangislah banyak (di akhirat nanti), sebagai pembalasan dari apa yang selalu mereka kerjakan.
(Surah al-Taubah ayat 82)


3- Ketawa terhadap dakwah seperti ketawanya umat terdahulu terhadap dakwah Nabi-Nabi dan Rasul mereka.

Maka apakah kamu merasa hairan terhadap pemberitaan ini? Dan kamu mentertawakan dan tidak menangis, Sedang kamu melengahkan(nya)?
(Surah al-Najm ayat 59 hingga 61)

Maka tatkala dia datang kepada mereka dengan membawa mukjizat- mukjizat kami dengan serta merta mereka mentertawakannya.
(Surah al-Zukhruf ayat 47)


Begitulah apa beberapa ayat yang dapat saya kumpulkan berkaitan ketawa – yang baik dan diredhai Allah SWT atau yang buruk dan dimurkai Allah SWT – untuk pengajaran kita bersama. Jadikanlah ayat-ayat ini peringatan untuk kita kerana ia menceritakan tentang kita – manusia – yang mempunyai naluri yang ketawa. Semoga senyum dan tawa kita menjadi amalan yang soleh dan tidak menjadi amalan buruk yang menyebabkan kita menangis pula di sana.
Panduan di atas kita lengkapi juga dengan panduan daripada hadith dan sunnah yang menceritakan kepada kita dengan jelas bagaimana keadaan Nabi SAW yang ketawa dan senyum pada perkara yang dibenarkan dan diredhai oleh Allah SWT. Juga kita membaca di dalam sejarah Nabi Muhammad SAW bagaimana orang-orang kafir mentertawakan Nabi SAW ketika tempoh awal dakwah di Mekah di waktu orang-orang Islam masih sedikit bilangannya.

Ketawalah jika ia perlu dan patut
Menangislah kerana rasa sesal dan takut

Semoga Allah SWT memberikan kita keinginan untuk menambah serta memperbaiki ilmu dan amal kerana keduanya itulah yang akan membantu kita di sini dan juga di sana.

Thursday 12 December 2013

Salah jadual exam.. YEAHH !!

Assalamualaikum n hola hola korang.. ^_^
Da lama xupdate blog..

Saja nk cakap hari ni saya  malu, rasa nk gelak, banyak lagi perasaan ni.. haha..
Korang nak taw betapa semangatnya hari ni saya bangun awal,, masak sarapan nasi goreng (saja nak cakap) semata-mata nak amek exam,. Exam PROFIENCY ENGLISH II pulak tu. Ustajah sina speaking. Wkwk..

*Parking moto*

Mek ja : mek na, aku rasa macam biasa jew nk exam.
Mek na : Aku pon sama. Da la xstudy langsung. Bijak bijak -______-
Mek ja : taw xpe. Layan korea sampai lebam..
Pastu kitaowg pon jalan dengan ayu pergi dewan peperiksaan,. Dengan semangatnya., sampai jew sana,tengok da nak masuk exam,. Apa lagi,. Jalan macam kambing la kitaowg .. laju kan ? taw da. Saya pon letak handbag kesayangan saya pinky gitu di lantai. Exclusive kn tmpat letak beg tu ? haha.. Lepastu da letak,. Kononya nk pergi beratur la. Tapi macam pelik jew, sebab kawan-kawan kitaowg xde. Kak syud, umai, alya, hajar, semua la. Langsung xde. Yang ada hanya saya dengan mek ja. Apakah yang telah terjadi 
?? 

*tetiba*

Saya gan mek ja pon beratur jela,. Nak dengar paper exam kitaowg wane apa. Sekali saya punya khusyuk dengar, tetiba mek ja xde sebelah saya. Punya takotla saya. . mana pulak dia ni ?? *cakap dalam hati*

*Pandang kiri kanan*

Fuhh !! jumpa jugak,. Rupanya dia dengan kuntum. (Bukan nama sebenar) . nama tu rasanya saya salah seorang yang bagi gelaran dekat mamat tu. Haha. Bukan main risau lagi kuntum dengan kitaowg. Yela,. Takot-takot xdapat masuk exam. Dia pon g lar call syaif,. Syaif pon mcm blur jew. Masa bila ada exam ari ni ?? kitaowg da pelik. Apa lagi, saya pon amek phone call kak syud,. Apa ag kena bebel la.. da la kak syud tanya mana dapat jadual tu, saya ckap mek ja punya. Rupa-rupanya mek ja salin dekat saya. Haha. Nak wt camner,. Saya lupa dia salin dekat saya. Punya berusaha la mek ja nk ngat dia salin dekat sapa. Haha. alih-alih sebenarnya hari nix de paper. YEAHH !! keluar dewan dengan muka bangganya. Nasib orang tak Tanya ‘cepatnya abis exam ?? 5 min jew jawab. Haha.

Kitaowg pon nak balik umah. Sebelum tu, mestilah kena tangkap gambar. Itulah saya. Suka bergambar. Setiap saat mesti ada kenangan yang tersendiri. Kan kan ?? bila dekat atas moto, saya asyik gelak jew. Kelakar betol la,.

Akhir kalam,. Paper profiency English hari sabtu.. wish me luck kay J Asif ila mek ja lianna hiya daiman ibtisam li ana… ana uhibbuki lillahi Abadan abada fil dunya wal akhirat.