Monday 14 October 2013

Bahagiaku,syurgaku

Cerita semalam tidak perlu diungkit,.
Tapi bangunlah kamu keesokan hari dengan senyuman. >.<

Kadang-kadang amat PAHIT untuk terima apa yang kita lalui ketika ini . Namun, perancangan ALLAH penuh HIKMAH. InsyaALLAH..kan kan ?? Bila ingatkan balik kisah semalam,rasanya memang silap saya.,
Berbalik kepada cerita saya yang semalam, saya dan mek ja (housemate) nak balik rumah. Tapi kami mengalami masalah sedikit hendak pulang ke rumah dan menyebabkan stress. Ayah mek ja tak bagi parking moto dekat masjid,. dan saya rasa tempat itu sahaja yang selamat selain balai polis. Jangan salah sangka dulu ea. >.< Bukan tak nak letak dekat balai polis, tapi memang tak boleh letak,. Pihak diorang tak kasi.

Hm,. Dan akhir sekali kami mengambil keputusan untuk suruh kawan lelaki ambil dekat rumah. Ingatkan diorang dah siap, rupa-rupanya hampeh,. Hehe. Kaum lelaki memag macam tu kan ?? rasa nk katuk jew >.<..
Nak dipendekkan cerita, saya sampai rumah lambat. Dalam pukul 8. Sebelum tu, abah asyik call n call. Saya taw dia tengah marah. Rasa macam tak nak balik jew malam tu. Takot punya pasal. Hehe. Tapi balik jugakla . sampai jew rumah, terus masuk bilik then kemas dapur. Ingatkan abah tak ada, sempatla nak pura-pura tido dulu. Tapi…..

 *jeng jeng*  
                                         
Abah baru balik daripada surau terus panggil saya dari dapur . ‘Akak !! duduk sini !! gulp !! *telan ait liur* takut bhai..

*sesi ceramah*
He said’ akak kenapa jadi mcm ni ? kenapa mengharapkan sangat bantuan lelaki tu ?? kalau susah sangat, suruh dia jumpa abah. Saya : hmmm *diam* itu kawan akak je. Dan saya pon cerita kenapa saya naik dengan dia. Abah : kenapa tak balik rumah semalam ?? kan xde kelas ?? Saya : mana sempat nak balik . rumah tu pon tak kemas lagi,. Abah : itu alasan akak. Kalau akak fikirkan keluarga, akak balik jew rumah. *sentap*. Akak sebenarnya nak jadi anak yang baik ke atau derhaka ?? kenapa tak utamakan keluarga ??

Lepas tu, saya pon nangis. Dan abah cakap, ini kali pertama abah tengok akak nangis depan abah. Allah. Allah. Lepas kena marah, saya terus masuk bilik. Langsung tak nak cakap dengan sesiapa. Semua benda saya tak nak buat malam tu,. Abah panggil pon, tak nak jawab. Erti kata lain, saya merajuk dengan mama n abah >.< . Siapa sangka malam tu saya tido bertemankan air mata.

Selepas esok harinya. Saya bangun pagi, mata bengkak. Macam panda da rasa. Abah panggil pagi tu pon, saya tak nak sahut jugak. Sampailah abah cakap, akak !! tolong mama masak. Saya pon keluar bilik dan abah terus panggil saya suruh baring dengan dia. Mula saya tak nak, akak merajuk dengan abah *entah pape saya ni kan* hehe. Then nak taw apa abah buat ??

Dia terus peluk saya. Abah cakap, kalau abah tak sayang, abah biar je akak balik sesuka hati. Mengalir lagi air mata saya. Arghh !! perasaan apakah ini ?? terus tak merajuk dengan abah n mama. Hehe

Saya pon dah okey dengan family saya. Sekejap je kan saya merajuk ?? renung-renungkan J . Lepas dah tolong mama masak, saya mandikan munir, dan lagi sekali saya merajuk dengan abah sebab baca meseg saya.. lama pulak tu -_- ..

Sejak tu, abah asyik tanya pasal si dia jew. Dan paling exited adik saya yang jetiga. Tanya mengalahkan melodi. Malu tahu. Da la kuat bahan orang. Nasib badan J .

Hidup bagaik'n pusingan roda -,-
berpusing-pusing smpai pening ==
Ada masa kita sedih, tapi kita lupa esok Allah menjanjikan hari yang terindah untuk HAMBANYA.

Jatuh bangun aku. Allah lihat.
Tiap titik airmata aku. Allah kira.
Sukaduka hati aku. Allah tahu.
Cause He,Knows what is in every heart.