Monday 23 September 2013

Urgent atau Fitnah ??

Uhuk uhuk   *tutup mata*
Kenapa ea orang selalu nampak salah Niqabis ??
Adakah kami ini seperti nabi yang mesti kena sempurna ??
Persoalan demi soalan bermain di kepala aku yang kecil ini >.< .

*otp *
Alya       : Em, aku nak cakap sesuatu ni.
Fiqa        : apa dia ?? *macam pelik jew bunyi*
Alya       : Aku nk tegur sesuatu. Tadi waktu aku tengah jalan, ada sorang makcik ni tegur then dia tanya,         ko dengan Ali tu suami isteri ke sebab duduk berdua-duaAn dalam satu meja ??.
Fiqa        : *Diam*  Lepas tu ko cakap apa ??
Alya       : Aku cakapla korang tu kawan,. Pastu mak cik tu pesan dekat aku suruh tegur. Mak cik tu cakap’    dia tu Niqabis, tak elok duduk berdua-duaan walaupun satu meja.
Fiqa        : Hm *Diam dan berfikir*

Tegurang yang membuatkan aku jadi keliru + geram + marah + malu = cukup rasa. Adakah mereka yang lihat aku tahu, bahawa aku sedang berurusan perkara penting  dengan dia ?? hm,. Biarla orang lain tak tahu apa aku buat, janji Allah tahu menilai aku. Dialah sebaik-baik penghukum.

Allah Ta'ala berfirman: " Katakanlah wahai Muhammad, sekalipun engkau semua sembunyikan apa-apa yang ada didalam hatimu ataupun engkau sekalian tampakkan,pasti diketahui juga oleh Allah". (ali-Imran:29)
*muhasabah*
Hm,. Bila aku fikir balik, mungkin salah aku sebab meletakkan diri di dalam fitnah manusia. Sedangkan aku tahu berdua-duaan dengan bukan muhrim akan ada yang menjadi teman setia kepada kita iaitu SYAITAN . Allah Allah Allah.

Walaupun tujuan utama kita adalah ibadah, tapi kita seringkali alpa syaitan akan berusaha untuk masuk ke dalam hati manusia. Bila kita belajar agama dengan lebih mendalam, maka dia akan rosakkan kita juga dengan agama.

Jadi, solusinya bagi pandangan aku, cuba elakkan fitnah manusia. Jangan duduk berdua-duaan dalam satu meja ataupun seangkatan dengannya. Mata orang yang menilai lain-lain.Kadang-kadang, orang bukan tahu niat baik kita. Yang dalam kepala mereka hanya nampak salah. That’s all.Ea, memang kita tidak boleh tutup mulut manusia, sebab tu, kena usaha jaga pandangan mereka. Andai saja mereka yang menilai kita bukan-bukan, dikhuatiri mereka akan mengecopkan semua niqabis memang macam tu eark ?? mereka memang suka judge orang dari luaran.

InsyaAllah, aku cuba usaha untuk berubah menjadi yang lebih baik. Iya, memang tidak diakui, bukan mudah untuk menjadi Niqabis atapun wanita solehah ini. Sebab orang senang pandang salah silap kita.Tapi perlu kita kesah ke dengan apa orang cakap ?? Nak jadi KHALIFAH ALLAH kena kuat. Kata nk jadi pejuang ?? PEJUANG apa lembik mcm ni ??


JANGAN PERNAH JATUH DISEBABKAN ORANG KETIGA.

Wanita solehah :-
*   Ketika ALLAH memberikan ujian padamu, maka bersabarlah, janganlah kau larut dalam kesedihan atau kekecewaan.
*   Kerana ketika ALLAH telah memberikan ujian itu padamu,maka itu pertanda bahwa ALLAH telah memilihmu dan menghendakimu untuk menjadi hamba-NYA yang terbaik disisi-NYA..
*   Dan tidaklah ALLAH akan mengujimu, kecuali karena ALLAH yakin bahwa kau mampu menghadapinya..
*   Dan tidaklah ALLAH akan mengujimu, kecuali karena ALLAH yakin bahwa kau mampu menghadapinya
*   Dan tiada lah ALLAH memberi ujian, kecuali sesuai dengan
kemampuan hamba-NYA..
*   Kerana sesungguhnya ALLAH Maha Pengasih dan Penyayang untuk seluruh hamba-NYA..






Saturday 21 September 2013

PuISI Si Gadis Solehah

Wahai Gadis Solehah..
Dari Jauh Ku Melihat Gerak Gerimu..
Tunduk Memandang Bumi..
Terselindung Dsebalik Hijabmu..
Wajah Yang Penuh Nur..
Yang Sentiasa Mengingati Mati..
Yang Mencintai Allah Dan Rasul..
Yang Takut Azab Allah..
Kau Ibarat Permata Berharga..
Digilap, Dibalut, Dan Disimpan Rapi..
Wahai Gadis Solehah.. Jauh Disudut Hatiku..
Aku Bangga Dengan Imanmu..
Taqwamu, Akhlakmu, Amalanmu..
Jua Perjuanganmu Menegakkan..
Kesucian syariat yang telah ditetapkan Allah..
Wahai Gadis Solehah.. Kau Pertahankan Hijabmu..
Walaupun Dunia Memandang Hina..
Tetapi Allah Melihatmu Dengan Penuh Bangga..
Akhlakmu Kau Pelihara.. Maruahmu Rapi Dijaga..
Tutur Katamu Melambangkan Sifat Keibuanmu Yang Sejati..
Pabila Bertemu Dengan Muhrimmu..
Kau Tunduk Memandang Bumi..

Mengingatkanku..

Amirul Mukminin Di Zaman Rasullullah S.A.W

YA ALLAH, JADIKANLAH KAMI BIDADARI YANG PALING CANTIK DI SYURGA DAN MENJADI PEJUANG ISLAM YANG BERUASAHA UNTUK MENJADI MUJAHADAH YANG SOLEHAH. INSYAALLAH.



Friday 20 September 2013

FIGHTING PEMUDA PEMUDI

Aku nak berhijrah !! MESTI !!

*campak batu dekat laut*

Tapi boleh ke aku berubah ?? nanti ada orang pandang serong kat aku *bisik dalam hati*

ALLAH :(

Kata Ibn al-Qayyim rahimahullah, hijrah kepada Allah ialah dengan meminta, mencintai, menghambakan diri, bertawakal, takut dan mengharap hanya kepada-Nya. Dan hijrah kepada Rasul ialah dengan mengikuti syariat yang dibawanya dalam semua aspek, lahir dan batin.


Sebenarnya hijrah mempunyai dua pengertian: hijrah secara fizikal dari satu negeri ke negeri yang lain, dan hijrah dengan hati kepada Allah dan Rasul-Nya. Inilah hijrah yang hakiki yang menjadi tunjang kepada hijrah jasmani. Perkataan hijrah mengandungi elemen, ‘dari’ dan ‘ke’ atau ‘daripada’ dan ‘kepada’. Jadi hijrah hati bermaksud berhijrah daripada cinta kepada selain Allah kepada cinta kepada Allah, daripada ubudiah kepada makhluk kepada ubudiah kepada Allah, daripada takut, berharap dan bertawakkal kepada selain Allah kepada takut, berharap dan bertawakal kepada-Nya.




Maka hijrah yang dituntut pada masa kini ialah:
1. Jihad fi sabilillah dengan niat yang ikhlas sebagaimana hadis yang dikeluarkan oleh an-Nasa’i daripada Safwan bin Umayyah r.a. katanya, “Saya berkata: Ya Rasulullah, sesungguhnya mereka berkata bahawa syurga tidak akan dimasuki kecuali oleh orang yang berhijrah?” Baginda menjawab (maksudnya), “Tidak ada hijrah selepas Fathu Makkah, tetapi jihad dan niat. Maka apabila kamu dikerah untuk berjihad, segeralah menyahutnya.”
2. Taubat nasuha dengan meninggalkan segala kejahatan dan dosa sebelum matahari terbit dari arah barat. Daripada Mu’awiah bin Abi Sufyan r.a., beliau mendengar Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda (maksudnya),
“Tidak terputus hijrah sehingga terputus (peluang) bertaubat, dan tidak terputus (peluang) bertaubat sehingga matahari muncul dari arah barat.”
(Riwayat Ahmad, Abu Daud dan lain-lain)
Daripada Abdullah bin ‘Amru bin al-‘Aas, Nabi sallallahu alaihi wasallam bersabda (maksudnya),
“Sesungguhnya hijrah ada dua unsur. Satu daripadanya ialah kamu meninggalkan kejahatan dan kedua kamu berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya. Dan tidak terputus hijrah selagi taubat diterima. Taubat akan terus diterima sehingga matahati terbit dari barat. Apabila matahari telah terbit dari barat, akan dicopkan ke atas setiap hati manusia apa yang telah ada padanya. Peluang beramal sudah tiada lagi.”
(Riwayat Ahmad)
3. Memberi sedekah. Daripada Abi Saeid al-Khudri r.a. katanya, seorang badwi telah datang menemui Nabi sallallahu alaihi wasallam bertanya mengenai hijrah. Baginda bersabda (maksudnya),“Dengar ini! Sesungguhnya hijrah itu urusannya sangat sulit. Maka adakah kamu memiliki unta?” Badwi itu menjawab, “Ya.” Nabi sallallahu alaihi wasallam bertanya, “Adakah kamu mengeluarkan zakatnya?” Dia menjawab, “Ya.” Nabi sallallahu alaihi wasallam bertanya lagi, “Adakah kamu memberi sedekah sesuatu daripadanya seperti memerah susunya?” Dia menjawab, “Ya.” Lalu baginda bersabda (maksudnya),
“Maka beramallah kamu dari seberang lautan. Sesungguhnya Allah sekali-kali tidak mengabaikan amalan kamu sedikit pun.”
Ketika mensyarahkan Hadis ini, al-Hafidz Ibn Hajar berkata, “Hadis ini menunjukkan kelebihan mengeluarkan zakat unta, iaitu dengan mengeluarkan hak Allah pada unta itu menyamai kelebihan hijrah. Hadis ini juga mengisyaratkan bahawa seseorang yang menetap di negerinya dengan menunaikan zakat unta, akan memperoleh ganjaran hijrah dan menetap di Madinah.

*muhasabah diri*


Ia memang susah nak berubah, tapi kita kena ingat matlamat hidup. Jangan pernah dengar apa orang kutuk, hina kita. Nak BERUBAH KENA KUAT, SEMANGAT KENA MANTAP. insyaALLAH akan dipermudahkan >.<

Sahabat, andai saja kita tahu tarikh kematian kita nescaya kamu sudah bersedia untuk menghadapi. Tapi sebenarnya kita tak tahu. Allah nak buat SURPRISE dekat kita. KEMATIAN ITU DATANG BILA-BILA MASA SAHAJA. JOM BERUBAH PEMUDA PEMUDI ISLAM. KITA CARI REDHA ALLAH. 

FIGHTING !!!


Sunday 15 September 2013

Dalam hati ada Duka

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim memulakan tulisan ini.

*termenung*

kenapa hati selalu rasa risaukan sahabat yang lain ??

kenapa aku langsung da tak ada selera makan sejak dua menjak ni ??

Pelbagai soalan yang tak dpat nak dijawab dalam masa yang terdekat dan akhir sekali aku yang sakit. selalu sangat demam.


        Ya Allah, hilangkan kesedihan, kegelisahan di dalam hati ini . Disebaban terlalu risaukan sahabat yang sakit, aku terlalu risau sehingga abaikan kesihatan, hak orang seeliling. Allah,. Eem, baru-baru ni, family aku semua demam. mungkin faktor cuaca. dan hari yang seterusnya, adik kesayangan aku demam sampai pengsan. SElepas tu, miza sahaba baik aku sakit pinggang.'piriod pain'. Itu pon aku da risau macam apa. Tapi tahan jew perasaan ni. Malu la mek ja tgok muka aku mcm ceodok sebab risaukan dia.

        Hm,. sensitifnya lahai aku ni. Disebabkan tu jew aku da langsung hilang langsung selera makan,. Kadang-kadang terfiikir aku ni sahabat yang baik ke ?? Rasa selalu menyusahan sahabat pon ada. Bila aku terpandang mek ja, kadang-kadang rasa nak nangis, peluk dia kuat-kuat. Dia selalu risaukan aku. selalu sangat minta maaf sedangkan aku langsung tak pernah terasa hati. Aku faham dia ada tanggungjawab, selalu sibuk, tapi yang buat aku jadi sedih,  aku tak dapat nak kurangkan beban dia. Kesian sangat dekat dia. bila teringat macam tu, aku jadi langsung tak nak makan. kalau orang tanya pon, aku tak akan cakap sebab apa.

*lepas solat maghrib*

*salam, cium pipi kanan kiri*

Miza : mek na, aku nak minta maaf :(

Sina  : minta maaf pasal apa ??

Miza : aku selalu abaikan ko,.

Sina  : Eem,. aku rasa ko tak pernah abaikan aku

Miza : aku selalu meeting, ada hal, tinggalkan ko sorang-sorang, macam2 ag la

Sina : SubhanaAllah *diam*

Miza : Mek na, aku minta maaf ea

Sina  : *tari nafas* inilah namanya SAHABAT miza. memahami antara satu lain. engkau ada tanggungjawab               lagi besar. bukan hanya nak jaga hati aku seorang. sebab aku percaya dekat enkau untuk                             membentuk peribadi manusia. UMMAH. Mereka lagi perlukan ko dari aku. Daie kena jiwa yang                 besar. Kena kuat. Bukan hanya melayan perasaan. TERUSKAN PERJUANGANMU                                 SAHABAT.



lagu untukmu yang pernah, sedang dan akan datang menjadi sahabatku :-

Duhai sahabat, dengarkanlah bicara hatiku ini,
meskipun jarak memisahkan, tiada noktak kasih,
Biarlah waktu menentukan, nilai ukhuwah yang terjalin,
Teruskanlah PERJUANGAN hingga ke titisan darah,
terakhir,.