Wednesday 20 November 2013

NIqabis and camera

Bismillahirrahmanirrahim,.

Seorang niqabis/perempuan bertudung labuh upload gambar(posisi biasa/berdiri/duduk tanpa solekan mata/pakaian lengkap menutup aurat/) kat FB/twitter dengan tujuan dakwah. 

'Nak pikat muslimin ler tuh'
'Nak suruh orang puji solehah lah tu'
'Nak tunjuk diri konon solehah la tu'
'Nak riak ke apa dia ni?'
'wanita solehah tidak memandang dan tidak dipandang,dia ni makin nak suruh orang pandang,memang tak solehah dia ni'.

Habis tu nak suh duk rumah? Tak payah keluar rumah la.Tak perlu keluar berdakwah atau apa. Kata tak memandang dan tak dipandang?:)

Lagi satu, saya pun tidak jumpa rujukan yang 'paling sahih' mensabitkan kata-kata tersebut kepada Sayidatina Aisyah r.a.(wanita solehah tidak memandang dan tidak dipandang). Semoga Allah ampunkan kita semua jika tanpa sengaja mensabitkan pernyataan palsu kepada Ummul Mukminin yang mulia. Jika ada yg menjumpai,boleh tegur saya hadis mana. wallahualam.

Sungguh.
Itukah pandangan anda lemparkan pada mereka(niqabis)? (cek balik hati)

Ajaib sungguh kerana mampu melihat dalam hati manusia samada dia riak/nak menunjuk2/nak suruh dipuji?
Ajaib. Bagaimana jika niat dia untuk berdakwah? Menarik minat wanita lain turut menutup aurat? Dibimbangi kita yg terlalu melihat negatif orang lain sehingga kita yg suka2 memfitnah dirinya. Sedang kuasa menilai itu hanya ada pada ALLAH SWT.

"matlamat tidak menghalalkan cara". .. Saya nak beri pendapat sikit. Pendapat dari insan daif kerdil hina seperti saya,Jika tak bersetuju tidak mengapa. hanya pandangan daif.

Ulama' meletakkan hukum HARUS meletak gambar dengan syarat menutup aurat.(kena faham molep apa yg dimaksudkan AURAT)

Berkata Ustazah Fatimah Syarha,"Ada muslimah yang keluar menuntut ilmu, keluar menyahut panggilan dakwah, keluar menyahut tugas-tugas kemasyarakatan dan keluar gambarnya di facebook, media, drama, majalah hingga menjadi ikutan remaja menutup aurat dan berakhlak mulia. Namun, ada pihak memandang sinis dan menyamakannya dengan gadis-gadis yang berpeleseran di pasar raya.

Adakah Islam menganggap keluarnya kaum wanita dari rumah bukan atas hal-hal darurat suatu perbuatan yang makruh atau haram?
Dalam Buku Kebebasan Wanita Pada Zaman Risalah, karya Abdul Halim Abu Syuqqah, ada jawapannya. Hadis ini mengaitkan keadaan wanita sebagai aurat dengan pimpinan syaitan. Ia memberi peringatan kepada kaum wanita agar jangan lalai dalam menutup aurat.

Kaum wanita dilarang memperlihatkan keindahan tubuhnya kecuali yang dibenarkan, tidak memakai wangian, tidak sengaja melenggok-lenggok ketika berjalan, dan tidak sengaja menggoda dalam berbicara. Bukan kaum wanita sahaja, kaum lelaki juga diingatkan agar menjaga adab dalam pergaulan. Barulah syaitan tiada ‘password’ untuk menggoda manusia.

Pandangan saya yang daif,Andai kata wanita itu bersuara lantang berdakwah adakah beliau dilabel telah menyebabkan lelaki terfitnah dengan suaranya?

Andai kata wanita yang memakai purdah dikatakan ingin riak/menunjuk alim ,adakah perlu dia membuka purdahnya?

Bagaimana pula jika wanita itu berhijab/bertudung dikatakan riak/menunjuk baik,adakah perlu dia mencabut tudungnya dan menampakkan rambutnya?

Adakah kerana 'takut riak' kita tinggalkan kebaikan yg kita buat?
Adakah kerana 'takut riak berdakwah',maka kita kurangkan/tinggalkan dakwah?

Syeikh Ahmad hajeen menyebut, ubat RIAK adalah istighfar,bukan meninggalkan/mengurangkan sunnah/kebaikan. Semakin banyak sunnah/kebaikan dilakukan, semakin bertambah ganjaran pahala.

قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّوْنَ اللهَ فاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللهُ ويَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوْبَكُمْ، وَاللهُ غَفُوْرٌ رَحِيْمٌ
“Katakanlah, jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, maka ikutilah (sunnah/petunjuk)ku, niscaya Allah mencintaimu dan mengampuni dosa-dosamu, Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah Ali ‘Imran: 31).

“Setiap umatku akan masuk Al Jannah (syurga) kecuali orang yang enggan.” Para sahabat bertanya: “Siapakah orang yang enggan itu wahai Rasulullah?” Beliau menjawab: “Barangsiapa yang menaatiku, ia akan masuk Al Jannah dan barangsiapa yang bermaksiat kepadaku, maka sungguh ia telah enggan.” (HR. Al Bukhari)
Itu tentang sunnah. Dan berkaitan riak, suka cita ana ambil pandangan Imam Abu al-Qasim Al-Qusyairi,seorang ahli tasawuf yang terkemuka memberikan definisi ikhlas sebagai:

Ikhlas adalah mengesakan haq Allah swt dalam segala amalan ketaatan dengan niat, iaitu dia melakukan amalan ketaatannya hanyalah untuk menghampirkan diri kepada Allah swt, tiada apapun selain itu, iaitu mereka yang melakukannya kerana Makhluk, atau kerana ingin mendapat pujian mereka, serta kecintaan kepada pujian makhluk, atau apa jua sebab-sebab yang selain redha Allah. Boleh juga dikatakan, bahawa Ikhlas itu adalah pembersihan (niat) diri (semasa amalan) dari segala segala perhatian manusia. (Al-Risalah al-Qusyairiah, tahqiq Abd Halim Mahmud, 1/443)

Secara simpulnya, ikhlas adalah USAHA membersihkan HATI dari perhatian manusia baik sebelum, semasa atau sesudah sesuatu pekerjaan dilakukan. Ikhlas sama sekali bukan bererti MENINGGALKAN amalan kebaikan kerana manusia. Contohnya, kita sedang membaca Al Quran, tiba tiba ada manusia datang. Kita kemudian memberhentikan bacaan Al Quran kerana manusia tersebut, maka itu tanda tidak ikhlas,kita berhenti melakukan kebaikan kerana manusia bukan kerana Allah. Al-Imam Fudail bin ‘Iyyad berkata,
“Meninggalkan amal kerana manusia itu adalah riak. Beramal kerana manusia itu adalah syirik. Dan ikhlas ialah Allah menyelamatkan kamu daripada keduanya. Apabila terus membaca, maka akan terus memperoleh pahala. Rasulullah SAW bersabda,

"Sesiapa yang menunjukkan kebaikan maka baginya pahala seperti pahala orang yang mengerjakannya." (Hadis riwayat Muslim)

Apa yang saya nak cuba kata, pandanglah seseorang dengan pandangan kebaikan. Mencari positifnya disebalik apa yang cuba diusahakannya. Mungkin niat dia ingin benar2 berdakwah. Benar-benar berharap wanita yang memandang gambarnya akan diberi hidayah untuk menyukai menutup aurat. Siapalah kita untuk menilai, sedang kesalahan dan AIB kita disembunyikan Allah. Dituntut melihat kesalahan diri daripada 'mencari-cari' kesalahan org lain. Kecuali jika dia benar-benar letak gambar yang memang membawa fitnah(i.e tidak menutup aurat,gmbar menggoda dan sebagainya).
wallahualam. satu saja, jika kita tidak mahu letak, jangan pula kita halang orang lain meletakkan nya sbg usaha dakwah.

Yang baik itu dari Allah, yang tidak baik dari kesilapan saya sendiri. Moga Allah tautkan hati2 kita agar kita saling berkasih sayang kerana-Nya. Moga Allah mudahkan kita menerima Hidayah dari-Nya. Allah. Allah.. DAKWAH KERANA ALLAH,CINTA KERANA ALLAH. MOGA ALLAH REDHA. 

~Persidangan Dajjal~

~Persidangan Dajjal~

Satu hari Harry Potter ditugaskan untuk membasuh otak ahli pertubuhan mereka yang baru bernama Ron. 

Harry Potter: Di Hogwart, kami diajar bahawa majoriti umat Islam itu kafir, syirik dan ahli bidaah kerana selalu mengamalkan hadis-hadis daif.

Ron: Ye ke? Siapa yang sebarkan hadis-hadis daif ni? Orang awam ke? Mana diorang dapat hadis-hadis tu?

Harry Potter: Dari ahli-ahli sufi lah, ahli-ahli sufi pulak baca dari kitab ulama-ulama Ahlu Sunnah Wal Jamaah, ulama-ulama pulak dapat dari imam-imam hadis.

Ron: Pelik kan, kenapa hadis-hadis tu masih disimpan oleh ulama-ulama tu semua? Contohnya Imam Bukhari sendiri ada kumpulkan hadis-hadis daif dalam kitab Adabnya.

Harry Potter: Diorang semua jahil tentang keharaman sebar hadis daif ni. Maklumlah, mereka hanyalah manusia biasa. Mereka tidak maksum (bersih dari dosa) seperti para Nabi.

Ron: ooooh macam tu rupanya.... Bahaya ni, kita kena sebarkan pada orang ramai ni tentang ulama-ulama Islam yang jahat ni. Tapi kalau orang tanya semua imam hadis tu jahil dan tak boleh pakai, jadi nak ikut ulama mana?

Harry Potter: (sambil tersenyum dan membetulkan kaca mata) Itu soalan femes. D
~Persidangan Dajjal~
ah berhari-hari aku fikirkan jawapan untuk itu. Mudah je. Kau suruh lah diorang ikut ulama-ulama hebat yang hampir maksum dari Hogwart ni contohnya Muhammad bin Abdul Wahhab ke, Bin Baz ke, Uthaimin ke dan ulama-ulama Hogwart yang lain... Tapi dalam bidang hadis ni, aku syorkan kau femeskan nama tok guru kita. Mr. Albani.

Ron: Tapi kan Mr.Albani tu tukang jam? Macam mana orang nak tinggalkan imam Bukhari dan beriman kepada tukang jam?

Hermione: (tiba-tiba nyampuk) Shhhhhhh! Jangan cakap kuat-kuat! Nanti orang dengar!

Harry Potter: (berbisik) aku sendiri bukan ulama, aku magician je, tapi kat Fb orang panggil aku ustad Harrie. Sedangkan aku bahasa arab tak reti, hadis tak hafal, baca quran merangkak. Kih kih kih. So dengan kuasa internet, magician boleh jadi ustad, tukang jam pun mestilah boleh jadi Muhaddis!

Ron: Hmmmm...betul jugak tu kan..tapi macam mana caranya?

Harry Potter: Senang je, setiap kali kita tulis hadis ke apa, samada dalam buku atau artikel internet, kita buat note kat hujung hadis tu yang hadis ini disahihkan, didaifkan, dihukum palsu, digoreng kicap, digoreng kunyit, dimasak lemak oleh Albani. So automatik orang-orang bodoh yang malas belajar agama dan cuma carik agama dalam internet akan fikir Mr.Albani tu muhaddis besar sampai layak nak daifkan hadis, sahihkan hadis dan lain-lain.

Hermione: Wow! Briliant!

Harry Potter: Untuk isu-isu lain macam Fiqh, tauhid dan sebagainya. Korang bawaklah nama-nama ulama Hogwart contohnya "Syeikh Bin Baz berpendapat bla bla bla" macam tu...so nanti orang akan fikir ulama-ulama kita ni hebat-hebat sebab namanya masuk dalam internet dan disebarkan orang ramai. So macam aku cakap tadi, kalau magician boleh jadi ustaz, tukang kebun boleh jadi maulana, tukang jam boleh jadi muhaddis, tentulah ulama-ulama kita pun boleh jadi imam-imam mazhab baru. Tambahan lagi sekarang kita dah ada ramai pendakyah Hogwart yang femes lagi-lagi kat internet. Pelan-pelan kita boleh suntik kebencian diorang kepada ulama-ulama 4 mazhab Islam, ulama-ulama hadis, ulama-ulama Asya'irah, ulama-ulama Sufi dan sebagainya. So nama-nama seperti Imam Syafie, Imam Abu Hanifah, Imam Bukhari, semuanya akan dilupakan dan diganti dengan nama baru iaitu ulama Hogwart.

Ron: Yeaaahh!!! Hidup Hogwart!!!!

Hermione: Hidup Hogwart!!!

Ron: Lagi satu Mr.Harry. Macam mana kita nak buat mereka benci kepada mazhab-mazhab mereka? Contohnya kat Malaysia ni dah tepu dengan mazhab Syafie dan mazhab Asya'irah.

Harry Potter: Itu mudah je. Canangkan slogan "Islam itu Mudah" pastu cariklah fatwa-fatwa mazhab tu yang susah-susah dan kritik. Contohnya kau kritiklah fatwa mazhab Syafie yang cakap wudhu batal kalau sentuh perempuan. Kau cakaplah islam itu mudah, mudah, mudah dan Imam syafie bukan nabi. Pastu kau bawaklah fatwa mazhab lain yang bercanggah dan bawak hadis tentang tak batal wudhu bila sentuh perempuan. Tapi! Jangan lupa sembunyikan hadis tentang wudhu batal kalau sentuh perempuan. So kita akan buatkan Imam Syafie ni nampak bodoh dan tak reti hadis di pandangan orang awam. Lagi satu jangan lupa jugak bawak perkataan Imam Syafie yang cakap kalau fatwanya bertentangan dengan hadis maka campak fatwanya ke dinding. So bila kita kelirukan umat macam ni, penganut Imam Syafie akan ramai-ramai campak mazhab tu ke dinding dan akan ikut mazhab Hogwart. Sekarang Ron, pergi mulakan kerja. Selamatkan umat Islam daripada kesesatan!

Ron: Baik tuan! Saya pergi sekarang! (Berlalu pergi)

Hermione: Bapak pandai gile kau ek? Respek aaar Mr.Harry~ 

Harry Potter: (berbisik pada Hermione) Hehe biasa-biasa je. Sebenarnya ni bukan idea aku pun. Ini semua idea Freemason yang berabad dah bincang hal ni. Dari dulu lagi diorang carik penyelesaian macam mana nak musnahkan Islam dan mereka sedar kekuatan Islam itu wujud selagimana wujud 4 mazhab Islam dan akidah Asy'ari. Cuba kau tengok zaman Islam memerintah dunia selama hampir seribu tahun, mereka semua berpegang kepada mazhab Islam tu. Imam-imam besar semuanya berpegang kepada 4 mazhab dan mazhab akidah Asy'ari. Jadi kita perlu hancurkan mereka dengan timbulkan keraguan kepada mazhab-mazhab ni. Kita cari perbezaan pendapat dalam mazhab,sembunyikan dalil-dalil mereka, dan sebarkan hadis yang buatkan mereka ragu dengan mazhab mereka. Kita sebarkan berita bahawa kononnya mazhab-mazhab ni semua tak ikut quran hadis. Kita seru semua orang kembali kepada Quran Hadis sahaja yang ditafsir oleh ulama Hogwart atau yang ditafsir sendiri. Dengan cara ni, umat Islam akan hancur...akan muncul golongan pembenci dan pencaci ulama, muncul golongan anti-hadis, muncul golongan anti-mazhab, muncul golongan penafsir Quran Hadis sendiri. Hahahaha! Kita kena gunakan orang macam Ron ni untuk musnahkan Islam. Dia akan fikir dia sedang selamatkan Islam,sedangkan dia tak sedar dia sedang bekerja untuk Dajjal merosakkan Islam. Orang macam ni kita perlukan ramai. Lagi-lagi orang berjawatan dan berpengaruh dalam masyarakat contohnya bekas mufti ke, cikgu sekolah ke, pilot ke, ulama kerajaan ke, doktor perubatan ke. Tapi jangan amek ulama Islam, sebab nanti kantoilah plan-plan kita, amek orang-orang jahil yang ada pengaruh dalam masyarakat je.

PANG!!!

Harry Potter: Aduh! Eh Ron? Bukan ke kau dah pergi???? Dan kenapa kau tampar aku Ron?!!!

Ron: Aku tak pergi, aku menyorok belakang dinding tadi sambil dengar apa kau cakap dengan Hermione melalui hearing device aku ni....(Sambil menunjukkan device itu)..

Harry Potter: Si...si..siapa kau sebenarnya??????

Ron: Aku sebenarnya bukan Ron tapi agent 009 daripada kumpulan....

Harry Potter: Tukang Kebun?????

Ron: Ya!

Harry Potter: Wargh!!! Apa pun Tak Bleh Kalo Ko Bhaaaa!!!!!! Kenapa kau suka ganggu hidup aku!!!!!

(Petikan dari buku best-seller "Harry Potter and The Endless Story Of Hogwart" oleh Ibnu Batoota m/s 15, cetakan 2012, terbitan Pustaka Batoota)

Note: Gerakan Rahsia Tukang Kebun (Gardener Secret Society) merupakan satu gerakan melawan Dajjal yang sangat digeruni oleh puak-puak Dajjal.

Lagu rasmi GSS~

Datangnya mereka tiada berbunyi,
Wujudnya mereka tidak dipeduli,
Perginya mereka tidak dicari,
Keluar mereka disaat manusia sepi,
Melawan Dajjal dan kroni,
Terutamanya pengkhianat agama Mr.Harry.

(Chorus)

Merekalah Gardener Secret Society~
Merekalah yang Dajjal geruni~
Mereka semua tidak takut mati~
Merekalah para pembantu Al-Mahdi~