Sunday 11 August 2013

BANGKIT, JANGAN LEMAH WAHAI DAIE !!!

*jentik*

Sakit tak kena jentik?

Aduh. Tolonglah. Kenapa lembik sangat?

Kenapa lembik sangat? 

Bila orang hina kita, mulalah lemah tak bermaya. 

Bila stalk, diri sendiri kecewa. Kalau dah tahu stalk boleh datangkan kecewa, buat apa nak stalk lagi? Hadoi. 

Bila orang ungkit kisah lepas, melenting macam apa. 

Bila orang nasihat, buat muka. Eh sori sikit, pendakwah pun manusia, bukan malaikat. Apa ingat kita ni ada ilmu banyak sangat ke sampai tak nak dengar nasihat orang lain?

*piat telinga*

Mudah mengalah tu bukan ciri-ciri daie lah. Malah, bukan ciri-ciri mukmin pun. Macam mana nak bawa Islam kalau baru dicemuh sikit, dah menangis sorang-sorang di penjuru bilik? Come on, kena kuat.

Aku, kau, kita, kami, mereka, dia. Semua kena kuat. Cabaran tak akan berhenti datang, jadi kita pun tak ada alasan untuk berhenti melangkah. Biarlah apa orang nak kata, tanamkan sikap husnuzhon dalam hati. Pekakkan telinga dengan cacian. Dalam proses nak bina diri semula, kalau boleh elakkan dulu dengan segala komen yang menjatuhkan. Bukan maksudnya tak nak terima langusng any negative comment, tapi nanti bila hati dah kental sikit, baru kita mulakan langkah kedua, ambil kata cacian sebagai batu loncatan. Nak buat sesuatu, biar step by step. Jangan terus drastik.

Sudahlah. Sekarang ni bukan masalah kenapa orang benci kita. Sebab hubungan kita dengan manusia akan jadi lemah bila kita tak jaga baik-baik hubungan kita dengan Allah. Jadi, check semula camane hubungan kita dengan Allah selama ni. Kalau hubungan kita dengan Allah dah goyah, tak mustahil kecundang ukhwah. Kalau solat tak jaga, wudhuk tak sempurna, lewatkan mandi wajib, pakai tak tutup aurat sempurna, baca Al Quran paling kerap pun seminggu sekali je. Macam mana nak kata diri sendiri pendakwah? Nak mengaku diri sebagai orang beriman tu jauh sekali lah kan.

*baling batu masuk longkang*

So, apa lagi alasan kita nak bagi bila menghadap Allah nanti? Bila diuji sikit, dah lemah tak mampu berdiri.

Somehow, ada perkara, orang tak faham kita, orang tak faham situasi kita, orang tak faham apa yang kita lalui, orang tak faham apa yang kita maksudkan, orang tak faham apa sebenarnya yang kita nak buat. Dan kemudian orang mula assume bukan-bukan. Takkanlah bila orang assume, kita terus tak ada semangat nak melangkah dah? Sedangkan kita ada target sendiri. Kita ada cita-cita sendiri. Kenapa kita mudah mengalah pada kata-kata manusia?

Jujur mengalah itu perlu. Tapi ikut keadaanlah. Mengalah dalam perbalahan, perdebatan, itu digalakkan. Mengalah bila ditimpa ujian, bila gagal dalam peperiksaan, itu boleh pergi terjun bangunan rasanya.

Allah tak ciptakan ujian untuk kita mengalah. Allah ciptakan ujian untuk kita hadapi. Buktikan yang kita tak lemah. Yang lemah itu nafsu, yang kuat itu iman. Latih iman jadi kental, barulah boleh jadi panglima perang!

Sudahlah, jangan nak mengalah sangat dengan emosi sendiri. Selagimana kita yakin Allah itu sebaik-baik pembantu, kita tak akan rasa mengalah itu sebagai satu jalan penyelesaian. Okey?




Hamba yang Khilaf

Aku nak serius. Aku nak serius. Jangan buat aku gelak sepanjang tulis entri ni. *tarik nafas*

Fuh fuh.

Sebenarnya, aku nak tembak manusia-manusia yang masih tidur. Jadi, hati-hati. Kalau tak nak kena tembak, sila bangun sekarang! *simbah air*

Dah sedia?

*acu sniper*

Aku tak nampak apa point jadi manusia yang menyebar dakwah.

Aku tak nampak apa point jadi manusia yang menyebar dakwah, dalam masa yang sama masih seronok hidup dalam jahiliyah.

Aku tak nampak apa point kencang di twitter, Facebook, blog, tapi diri sendiri nak bangun solat subuh pun kena orang kejut.

Ah sila terasa sina




.
 Kau pun dua kali lima!

Aku tak faham kenapa manusia boleh berbaik dengan berpuluh ribu manusia, tapi dengan keluarga sendiri, hancur. Aku ulang, HANCUR! 

Situasi 1

Dengan kawan, mulut manis, senyum, nak marah pun tak sampai hati. Dengan adik sendiri? Kau maki.

Dengan housemate, belanja dia makan pun kau sudi. Dengan abang sendiri? Kau buat perangai minta kaki.

Dengan kakak yang jaga counter restoran, kau cakap sopan-sopan. Dengan kakak sendiri? Bila dia tegur untuk kebaikan kau, kau melawan.

Dengan lecturer, dia nasihat, kau tunduk diam. Dengan mak ayah? Kau hentam.

Kawan buat apa, kau boleh sabar. Adik baru kacau sikit, dah hilang sabar. Apecer bro? Apecer?

Dekat alam maya, bukan main kencang dakwah. Bukan main lagi tunjuk imej muslimin, muslimah sejati. Tak layan ajnabi, tegur kalau orang mencarut. Pesan suruh baca Al Mulk sebelum tidur. Pesan suruh baca Al Kahfi setiap Jumaat. Tapi diri sendiri tak amal. Lepas tu pujuk hati, kata "Alaa relaks lah boh, bukan diorang tahu aku baca ke tidak."

Aku sendiri, tak terlepas dari buat kesalahan. Malah jika nak dibandingkan aku dengan kalian, mungkin saja dosa aku lagi berlambak. Menggunung tinggi.

For sure, siapalah yang taknak jadi baik. Siapa yang tak nak masuk syurga kan? Kalau tanya peminum arak tegar, tanya pelajar paling bermasalah, tanya samseng jalanan, tanya pengkid dan lesbian, tanya gay dan pondan di luar sana. Mereka juga nak ke syurga. Mereka juga nak jadi baik sebenarnya.

Tugas kita, bukan sekadar menyeru dengan lafaz. Bukan lantang hanya di mulut. Tapi tunjukkan dengan perbuatan sekali.

Kalau kita skater, pastikan jadi skater yang boleh jadi contoh kepada skaters yang lain. Waktu solat, kita berhenti skating. Pergi solat dulu.

Kalau kita student, jadi student yang meletakkan Allah sebagai yang utama. Tak bazir pun masa kalau kita tinggalkan sekejap waktu study kita untuk pergi solat. Malah tak mustahil, 4 flat dalam tangan. A lurus dalam genggaman.

Jom, jadi manusia yang hidup dalam iman. Bukan manusia yang hidup dalam khayalan.

Dah bangun ke belum sekarang? Ke masih tidur?

Pernah dengan kisah Ikhwah Jadian, daripada Inche Gabbana?

Aku sambil-sambil tulis entri ni, tiba-tiba terlintas nak belek blog Inche Gabbana, juga lagi satu blog seorang akhawat, Aisyah Huraiyah. Aku dengar playlist dia saja, sebab aku tak layan lagu blog aku sendiri. Wahaha.

Aku tak nak ulas panjang-panjang fasal blog IG, sebab semua pun boleh faham dengan jelas kan?

Situasi 2.

Tengah syok-syok menaip, tweeting, dakwah katanya. Sekali mak ketuk pintu bilik, "Man, dah kemas bilik belum? Cepatlah, ada tetamu nak datang kan lepas ni."

Kita pun melenting. Marah bukan main sebab rasa macam konsentrasi dakwah kita terganggu.

Alamak. Dakwah terganggu atau ego terganggu?

Kemudian tak sampai lima minit, ayah pula terpacak depan pintu bilik, "Man sudahlah duduk depan laptop, mari tolong orang lain kemas rumah, sidai kain."

Lagi sekali hati rasa panas je. Terus mencebik, buat muka tak puas hati.

Aduh. *tepuk dahi*

Malu lah kalau macam ni perangai pendakwah. Di alam maya, bukan main baik. Di dunia nyata, lembik. Sikit-sikit nak marah.

Tiba-tiba adik kecil pula masuk bilik, buat bising. Kita bengang lagi. Suruh dia keluar bilik.

Kalau macam inilah, lebih baik tak payah sembang kencang di alam maya, kalau hubungan dengan keluarga pun tak boleh jaga.

Kadang-kadang itulah. Perkara yang pada kita, ia remeh, sebenarnya itulah cermin sebenar diri. Apa yang remeh sebenarnya dalam dunia ni? Sedangkan amalan sebesar zarah juga, kira besar partikel atom ke apa kan, juga boleh membezakan sama ada ke syurga atau neraka.

Ha sini nak pesan.

Kita masuk syurga, bukan sebab banyaknya amalan. Bukan juga sebab pahala yang menggunung. Tapi sebab redha Allah. Sebab redha Allah pada kitalah, kita ke syurga.

Ulamak dulu-dulu selalu pesan, "Tugas kita buat ibadah. Tugas masukkan ke syurga atau neraka, tugas Allah. Kalau dah pahala seluas lautan, kalau Allah tak redha, tak dapat juga merasa untuk ke syurga."

Jadi, selamat beramal. Eh sebelum tu, dah bangun ke belum? Kalau belum lagi, meh aku bacakan Yaasiin.