Assalamualaikum..
dah lama tak update blog. nasib tak berkulat. huhu..
Tak taw nak tulis apa.. tapi macam nak bercerita. ok. bunyi macam pelik .
*campak tasik unisel*
Hari ni nak cakap pasal senyum dan ketawa .. sape suka senyum ? ketawa ?
nak bercerita sikit pasal senyum dan ketawa :)
nak taw satu benda ?
ALLAH SWT MENCIPTA ‘KETAWA’ UNTUK KITA.
BUKTI
Telah disebutkan dengan jelas sekali di dalam Al-Quran iaitu dalam surah al-Najm, ayat 43:
Dan bahawasanya Dialah yang menjadikan orang tertawa dan menangis,
Allah
SWT memberitahu kita bahawa Dialah yang mencipta manusia dalam keadaan
orang yang mampu ketawa dan menangis. Dialah juga yang menciptakan
seluruh alam ini di mana wujudnya sebab-sebab manusia itu boleh ketawa
pada satu masa dan menangis pula pada waktu yang lain.
KETAWA POSITIF
Berikut adalah beberapa ayat
yang menunjukkan kepada kita ketawa yang positif atau ketawa yang
dibenarkan kerana tujuannya dibenarkan.
1- Ketawa Nabi Sulaiman
terhadap ketua semut kerana gelagatnya yang sibuk mengarahkan semut lain
berlindung agar tidak dipijak oleh Nabi Sulaiman dan tenteranya ketika
lalu di situ.
Maka dia tersenyum dengan tertawa kerana (mendengar) perkataan semut itu.
(surah al-Naml ayat 19)
2- Ketawa orang mukmin di akhirat nanti terhadap orang kafir yang mentertawakan mereka di dunia.
Maka pada hari ini (hari akhirat), orang-orang yang beriman mentertawakan orang-orang kafir.
(Surah al-Mutoffifin ayat 34)
3-
Ketawa isteri Nabi Ibrahim alaihissalam ketika mendengar berita gembira
bantuan Allah SWT terhadap Nabi Lut dari malaikat yang datang ke
rumahnya.
Dan isterinya berdiri (dibalik tirai) lalu dia
ketawa, Maka kami sampaikan kepadanya berita gembira tentang (kelahiran)
Ishak dan dari Ishak (akan lahir puteranya) Ya'qub.
(surah Huud ayat 71)
KETAWA NEGATIF
Berikut pula adalah beberapa ayat lain pula yang menceritakan tentang
ketawa yang datangnya dari sebab-sebab negatif. Ketawa sebegini jelas
menggambarkan peribadi tidak baik pada diri orang yang melakukannya.
Sama-samalah kita baca dan hayati bersama:
1- Allah SWT menempelak
sikap sebahagian manusia yang suka mentertawakan orang yang baik dan
orang yang beriman kerana mengejek dan mempermainkan.
Sesungguhnya orang-orang yang berdosa, mereka mentertawakan orang-orang yang beriman.
(Surah al-Mutoffifin ayat 29)
Lalu
kamu menjadikan mereka (orang-orang beriman) bahan ejekan, sehingga
(kesibukan) kamu mengejek mereka, menjadikan kamu lupa mengingatiKu dan
kamu selalu mentertawakan mereka
(Surah al-Mukminuun ayat 110)
2-
Terdapat ayat yang menceritakan bagaimana ketawa yang tidak diredhai
Allah SWT akan membawa kepada azab di akhirat yang akan menyebabkan
mereka menangis pula.
Maka tertawalah mereka sedikit (di
dunia yang sementara ini) dan menangislah banyak (di akhirat nanti),
sebagai pembalasan dari apa yang selalu mereka kerjakan.
(Surah al-Taubah ayat 82)
3- Ketawa terhadap dakwah seperti ketawanya umat terdahulu terhadap dakwah Nabi-Nabi dan Rasul mereka.
Maka
apakah kamu merasa hairan terhadap pemberitaan ini? Dan kamu
mentertawakan dan tidak menangis, Sedang kamu melengahkan(nya)?
(Surah al-Najm ayat 59 hingga 61)
Maka tatkala dia datang kepada mereka dengan membawa mukjizat- mukjizat kami dengan serta merta mereka mentertawakannya.
(Surah al-Zukhruf ayat 47)
Begitulah apa beberapa ayat yang dapat saya kumpulkan berkaitan ketawa –
yang baik dan diredhai Allah SWT atau yang buruk dan dimurkai Allah SWT
– untuk pengajaran kita bersama. Jadikanlah ayat-ayat ini peringatan
untuk kita kerana ia menceritakan tentang kita – manusia – yang
mempunyai naluri yang ketawa. Semoga senyum dan tawa kita menjadi amalan
yang soleh dan tidak menjadi amalan buruk yang menyebabkan kita
menangis pula di sana.
Panduan di atas kita lengkapi juga dengan
panduan daripada hadith dan sunnah yang menceritakan kepada kita dengan
jelas bagaimana keadaan Nabi SAW yang ketawa dan senyum pada perkara
yang dibenarkan dan diredhai oleh Allah SWT. Juga kita membaca di dalam
sejarah Nabi Muhammad SAW bagaimana orang-orang kafir mentertawakan Nabi
SAW ketika tempoh awal dakwah di Mekah di waktu orang-orang Islam masih
sedikit bilangannya.
Ketawalah jika ia perlu dan patut
Menangislah kerana rasa sesal dan takut
Semoga
Allah SWT memberikan kita keinginan untuk menambah serta memperbaiki
ilmu dan amal kerana keduanya itulah yang akan membantu kita di sini dan
juga di sana.