Wednesday 20 November 2013

NIqabis and camera

Bismillahirrahmanirrahim,.

Seorang niqabis/perempuan bertudung labuh upload gambar(posisi biasa/berdiri/duduk tanpa solekan mata/pakaian lengkap menutup aurat/) kat FB/twitter dengan tujuan dakwah. 

'Nak pikat muslimin ler tuh'
'Nak suruh orang puji solehah lah tu'
'Nak tunjuk diri konon solehah la tu'
'Nak riak ke apa dia ni?'
'wanita solehah tidak memandang dan tidak dipandang,dia ni makin nak suruh orang pandang,memang tak solehah dia ni'.

Habis tu nak suh duk rumah? Tak payah keluar rumah la.Tak perlu keluar berdakwah atau apa. Kata tak memandang dan tak dipandang?:)

Lagi satu, saya pun tidak jumpa rujukan yang 'paling sahih' mensabitkan kata-kata tersebut kepada Sayidatina Aisyah r.a.(wanita solehah tidak memandang dan tidak dipandang). Semoga Allah ampunkan kita semua jika tanpa sengaja mensabitkan pernyataan palsu kepada Ummul Mukminin yang mulia. Jika ada yg menjumpai,boleh tegur saya hadis mana. wallahualam.

Sungguh.
Itukah pandangan anda lemparkan pada mereka(niqabis)? (cek balik hati)

Ajaib sungguh kerana mampu melihat dalam hati manusia samada dia riak/nak menunjuk2/nak suruh dipuji?
Ajaib. Bagaimana jika niat dia untuk berdakwah? Menarik minat wanita lain turut menutup aurat? Dibimbangi kita yg terlalu melihat negatif orang lain sehingga kita yg suka2 memfitnah dirinya. Sedang kuasa menilai itu hanya ada pada ALLAH SWT.

"matlamat tidak menghalalkan cara". .. Saya nak beri pendapat sikit. Pendapat dari insan daif kerdil hina seperti saya,Jika tak bersetuju tidak mengapa. hanya pandangan daif.

Ulama' meletakkan hukum HARUS meletak gambar dengan syarat menutup aurat.(kena faham molep apa yg dimaksudkan AURAT)

Berkata Ustazah Fatimah Syarha,"Ada muslimah yang keluar menuntut ilmu, keluar menyahut panggilan dakwah, keluar menyahut tugas-tugas kemasyarakatan dan keluar gambarnya di facebook, media, drama, majalah hingga menjadi ikutan remaja menutup aurat dan berakhlak mulia. Namun, ada pihak memandang sinis dan menyamakannya dengan gadis-gadis yang berpeleseran di pasar raya.

Adakah Islam menganggap keluarnya kaum wanita dari rumah bukan atas hal-hal darurat suatu perbuatan yang makruh atau haram?
Dalam Buku Kebebasan Wanita Pada Zaman Risalah, karya Abdul Halim Abu Syuqqah, ada jawapannya. Hadis ini mengaitkan keadaan wanita sebagai aurat dengan pimpinan syaitan. Ia memberi peringatan kepada kaum wanita agar jangan lalai dalam menutup aurat.

Kaum wanita dilarang memperlihatkan keindahan tubuhnya kecuali yang dibenarkan, tidak memakai wangian, tidak sengaja melenggok-lenggok ketika berjalan, dan tidak sengaja menggoda dalam berbicara. Bukan kaum wanita sahaja, kaum lelaki juga diingatkan agar menjaga adab dalam pergaulan. Barulah syaitan tiada ‘password’ untuk menggoda manusia.

Pandangan saya yang daif,Andai kata wanita itu bersuara lantang berdakwah adakah beliau dilabel telah menyebabkan lelaki terfitnah dengan suaranya?

Andai kata wanita yang memakai purdah dikatakan ingin riak/menunjuk alim ,adakah perlu dia membuka purdahnya?

Bagaimana pula jika wanita itu berhijab/bertudung dikatakan riak/menunjuk baik,adakah perlu dia mencabut tudungnya dan menampakkan rambutnya?

Adakah kerana 'takut riak' kita tinggalkan kebaikan yg kita buat?
Adakah kerana 'takut riak berdakwah',maka kita kurangkan/tinggalkan dakwah?

Syeikh Ahmad hajeen menyebut, ubat RIAK adalah istighfar,bukan meninggalkan/mengurangkan sunnah/kebaikan. Semakin banyak sunnah/kebaikan dilakukan, semakin bertambah ganjaran pahala.

قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّوْنَ اللهَ فاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللهُ ويَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوْبَكُمْ، وَاللهُ غَفُوْرٌ رَحِيْمٌ
“Katakanlah, jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, maka ikutilah (sunnah/petunjuk)ku, niscaya Allah mencintaimu dan mengampuni dosa-dosamu, Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah Ali ‘Imran: 31).

“Setiap umatku akan masuk Al Jannah (syurga) kecuali orang yang enggan.” Para sahabat bertanya: “Siapakah orang yang enggan itu wahai Rasulullah?” Beliau menjawab: “Barangsiapa yang menaatiku, ia akan masuk Al Jannah dan barangsiapa yang bermaksiat kepadaku, maka sungguh ia telah enggan.” (HR. Al Bukhari)
Itu tentang sunnah. Dan berkaitan riak, suka cita ana ambil pandangan Imam Abu al-Qasim Al-Qusyairi,seorang ahli tasawuf yang terkemuka memberikan definisi ikhlas sebagai:

Ikhlas adalah mengesakan haq Allah swt dalam segala amalan ketaatan dengan niat, iaitu dia melakukan amalan ketaatannya hanyalah untuk menghampirkan diri kepada Allah swt, tiada apapun selain itu, iaitu mereka yang melakukannya kerana Makhluk, atau kerana ingin mendapat pujian mereka, serta kecintaan kepada pujian makhluk, atau apa jua sebab-sebab yang selain redha Allah. Boleh juga dikatakan, bahawa Ikhlas itu adalah pembersihan (niat) diri (semasa amalan) dari segala segala perhatian manusia. (Al-Risalah al-Qusyairiah, tahqiq Abd Halim Mahmud, 1/443)

Secara simpulnya, ikhlas adalah USAHA membersihkan HATI dari perhatian manusia baik sebelum, semasa atau sesudah sesuatu pekerjaan dilakukan. Ikhlas sama sekali bukan bererti MENINGGALKAN amalan kebaikan kerana manusia. Contohnya, kita sedang membaca Al Quran, tiba tiba ada manusia datang. Kita kemudian memberhentikan bacaan Al Quran kerana manusia tersebut, maka itu tanda tidak ikhlas,kita berhenti melakukan kebaikan kerana manusia bukan kerana Allah. Al-Imam Fudail bin ‘Iyyad berkata,
“Meninggalkan amal kerana manusia itu adalah riak. Beramal kerana manusia itu adalah syirik. Dan ikhlas ialah Allah menyelamatkan kamu daripada keduanya. Apabila terus membaca, maka akan terus memperoleh pahala. Rasulullah SAW bersabda,

"Sesiapa yang menunjukkan kebaikan maka baginya pahala seperti pahala orang yang mengerjakannya." (Hadis riwayat Muslim)

Apa yang saya nak cuba kata, pandanglah seseorang dengan pandangan kebaikan. Mencari positifnya disebalik apa yang cuba diusahakannya. Mungkin niat dia ingin benar2 berdakwah. Benar-benar berharap wanita yang memandang gambarnya akan diberi hidayah untuk menyukai menutup aurat. Siapalah kita untuk menilai, sedang kesalahan dan AIB kita disembunyikan Allah. Dituntut melihat kesalahan diri daripada 'mencari-cari' kesalahan org lain. Kecuali jika dia benar-benar letak gambar yang memang membawa fitnah(i.e tidak menutup aurat,gmbar menggoda dan sebagainya).
wallahualam. satu saja, jika kita tidak mahu letak, jangan pula kita halang orang lain meletakkan nya sbg usaha dakwah.

Yang baik itu dari Allah, yang tidak baik dari kesilapan saya sendiri. Moga Allah tautkan hati2 kita agar kita saling berkasih sayang kerana-Nya. Moga Allah mudahkan kita menerima Hidayah dari-Nya. Allah. Allah.. DAKWAH KERANA ALLAH,CINTA KERANA ALLAH. MOGA ALLAH REDHA. 

2 comments:

  1. Tu diaaa.... panjang lebar explanation dia. huhuhu... good info, mek na! ^_^ - abg Haziq

    ReplyDelete