Monday 23 September 2013

Urgent atau Fitnah ??

Uhuk uhuk   *tutup mata*
Kenapa ea orang selalu nampak salah Niqabis ??
Adakah kami ini seperti nabi yang mesti kena sempurna ??
Persoalan demi soalan bermain di kepala aku yang kecil ini >.< .

*otp *
Alya       : Em, aku nak cakap sesuatu ni.
Fiqa        : apa dia ?? *macam pelik jew bunyi*
Alya       : Aku nk tegur sesuatu. Tadi waktu aku tengah jalan, ada sorang makcik ni tegur then dia tanya,         ko dengan Ali tu suami isteri ke sebab duduk berdua-duaAn dalam satu meja ??.
Fiqa        : *Diam*  Lepas tu ko cakap apa ??
Alya       : Aku cakapla korang tu kawan,. Pastu mak cik tu pesan dekat aku suruh tegur. Mak cik tu cakap’    dia tu Niqabis, tak elok duduk berdua-duaan walaupun satu meja.
Fiqa        : Hm *Diam dan berfikir*

Tegurang yang membuatkan aku jadi keliru + geram + marah + malu = cukup rasa. Adakah mereka yang lihat aku tahu, bahawa aku sedang berurusan perkara penting  dengan dia ?? hm,. Biarla orang lain tak tahu apa aku buat, janji Allah tahu menilai aku. Dialah sebaik-baik penghukum.

Allah Ta'ala berfirman: " Katakanlah wahai Muhammad, sekalipun engkau semua sembunyikan apa-apa yang ada didalam hatimu ataupun engkau sekalian tampakkan,pasti diketahui juga oleh Allah". (ali-Imran:29)
*muhasabah*
Hm,. Bila aku fikir balik, mungkin salah aku sebab meletakkan diri di dalam fitnah manusia. Sedangkan aku tahu berdua-duaan dengan bukan muhrim akan ada yang menjadi teman setia kepada kita iaitu SYAITAN . Allah Allah Allah.

Walaupun tujuan utama kita adalah ibadah, tapi kita seringkali alpa syaitan akan berusaha untuk masuk ke dalam hati manusia. Bila kita belajar agama dengan lebih mendalam, maka dia akan rosakkan kita juga dengan agama.

Jadi, solusinya bagi pandangan aku, cuba elakkan fitnah manusia. Jangan duduk berdua-duaan dalam satu meja ataupun seangkatan dengannya. Mata orang yang menilai lain-lain.Kadang-kadang, orang bukan tahu niat baik kita. Yang dalam kepala mereka hanya nampak salah. That’s all.Ea, memang kita tidak boleh tutup mulut manusia, sebab tu, kena usaha jaga pandangan mereka. Andai saja mereka yang menilai kita bukan-bukan, dikhuatiri mereka akan mengecopkan semua niqabis memang macam tu eark ?? mereka memang suka judge orang dari luaran.

InsyaAllah, aku cuba usaha untuk berubah menjadi yang lebih baik. Iya, memang tidak diakui, bukan mudah untuk menjadi Niqabis atapun wanita solehah ini. Sebab orang senang pandang salah silap kita.Tapi perlu kita kesah ke dengan apa orang cakap ?? Nak jadi KHALIFAH ALLAH kena kuat. Kata nk jadi pejuang ?? PEJUANG apa lembik mcm ni ??


JANGAN PERNAH JATUH DISEBABKAN ORANG KETIGA.

Wanita solehah :-
*   Ketika ALLAH memberikan ujian padamu, maka bersabarlah, janganlah kau larut dalam kesedihan atau kekecewaan.
*   Kerana ketika ALLAH telah memberikan ujian itu padamu,maka itu pertanda bahwa ALLAH telah memilihmu dan menghendakimu untuk menjadi hamba-NYA yang terbaik disisi-NYA..
*   Dan tidaklah ALLAH akan mengujimu, kecuali karena ALLAH yakin bahwa kau mampu menghadapinya..
*   Dan tidaklah ALLAH akan mengujimu, kecuali karena ALLAH yakin bahwa kau mampu menghadapinya
*   Dan tiada lah ALLAH memberi ujian, kecuali sesuai dengan
kemampuan hamba-NYA..
*   Kerana sesungguhnya ALLAH Maha Pengasih dan Penyayang untuk seluruh hamba-NYA..






No comments:

Post a Comment